Tuesday, 21 August 2012

Ramadhan Dan Kejayaan

Ramadhan membawa pelbagai rahmat bukan sahaja dari segi pahala berbuat amalan yang digalakkan dan amalan kebajikan tetapi juga dari segi membentuk sifat dan keperibadian untuk menuju kejayaan.

percaya atau tidak, orang-orang yang berjaya mempunyai sifat yang unik tertentu yang tidak banyak terdapat pada orang yang kurang berjaya. contohnya, orang yang berjaya mempunyai matlamat yang jelas, tidak kenal erti putus asa, dan lebih hebat lagi mereka ini bersabar dan terus berusaha walaupun kerja mereka belum membuahkan hasil.
Dan sifat ini boleh dibentuk semasa kita menjalani ibadah puasa.


NIAT - merupakan satu matlamat yang ditetapkan untuk mencapai sasaran yang mereka mahukan.

SEMANGAT - melaksanakan apa yang telah diniatkan dengan bersungguh-sungguh

BERTERUSAN - sanggup bekerja keras dalam jangka masa yang lama tanpa mengharapkan pulangan yang segera dan sanggup menangguhkan keseronokan

DISIPLIN - adakah anda seorang yang berdisiplin? kekurangan disiplin adalah punca mengapa seseorang itu gagal menjadi cemerlang.

AMBIL PELUANG - sifat yang biasa ada pada orang cemerlang ialah mereka pandai dan cekap mengambil peluang yang ada bagi membantu mereka mencapai matlamat mereka.


'Niat berpuasa selama  30 hari di bulan Ramadhan bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari dan mengerjakan ibadah terawih di malam hari.

saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. semoga Syawal kali ini menambahkan lagi rasa syukur dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Semoga kita dirahmati dengan sebaik-baik nikmat sepanjang Syawal ini sehingga Syawal akan datang.






0 comments:

Post a Comment