Monday 27 August 2012

Jenis-jenis Rangkaian



Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu :

1. SISTEM RANGAKAIAN SETEMPAT - LOCAL AREA NETWORK (LAN)




  • Terhad kepada batasan geografi yang kecil. Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
  • Fungsi asas LAN-Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
  • Cara pemasanganRangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio
2. RANGKAIAN KAWASAN LUAS - WIDE AREA NETWORK (WAN) 

  • Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. 
  • WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
  • Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
  • Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian 
3. RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN - METROPOLITAN NETWORK (MAN)


  • Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
  • Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
  • Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.




0 comments:

Post a Comment