Monday, 27 August 2012

NETWORK TOPOLOGY


Topologi adalah cara yang digunakan untuk menghantar maklumat di antara workstation. Terdapat 4 jenis Topologi iaitu:


Linear Bus



Setiap node di sambung secara bersebelahan  sepanjang backbone yang sama seperti. Data yang di hantar dari satu  node akan bergerak  melalui backbone sehingga sampai ke destinasi node. Di setiap penghujung linear bus mestilah mempunyai terminator bagi memastikan signal tidak berpatah balik


Kelebihan Linear Bus Topology
• Mudah untuk di sambungkan.
• Hanya memerlukan cable yang sedikit berbanding star topologi.

Kelemahan Linear Bus Topology
• Keseluruhan netwok akan gagal berfungsi sekiranya cable utama gagal berfungsi.
• Terminators di perlukan di setiap penghujung kabel backbone.

• Sukar untuk mengenal pasti masalah kerana ketika ini keseluruhan network gagal berfungsi.
• Tidak sesuai untuk digunakan dalam satu organisasi yang besar.




Star

Star topologi – setiap node ( file server, workstations dan peralatan) disambungkan terus ke
hub atau switch. Data akan melalai hub atau switch sebelum sampai ke destinasi.. Hub atau
switch mengawal fungsi-fungsi  network. Hub atau switch juga berfungsi sebagai penguat
signal. Sambungan star topologi biasanya mengunakan kabel twisted pair, coaxial kabel dan
fiber optik.


Kelebihan Star Topologi 
• Mudah di Install
• Tidak mengangu rangkaian ketika proses penyengelaraan.
• Mudah untuk mengesan kerosakan dan mengantikan componet.

Kelemahan Star Topology
• Memerlukan lebih kabel jika di bandingkan dengan linear topologi

• Jika hub atau switch rosak, Semua node akan gagal berfungsi.
• Kos lebih mahal jika di bandingkan dengan linear bus topologi kerana kos switch atau
hub.




Ring












Star-Wired Ring – Seperti star bus topologi, bezanya dihujungnya network akan kembali ke node yang pertama. Di dalam star-wired ring, setiap nodes mengambil giliran untuk menghantar dan menerima data. Data akan di hantar ke node pertama di ikuti dengan node kedua dan seterusnya. Ini menjadikan proses penghantaran data  menjadi lambat.

Tree

Tree topologi -  Gabungan linear bus dan star topologi. Beberapa kumpulan star bersambung dengan linear bus kabel backbone. Tree topologi membenarkan kita untuk membuat penambahan kepada rangkaian sedia ada. 


Kelebihan Tree Topologi
• Pengkabelan Point-to-point itu segment tersendiri.  
• Sesuai dengan kebanyakan hardware dan software dari pembekal.  

Kelemahan Tree Topologi
• Jarak di anatara segment terbatas mengikut jenis kabel yang di gunakan.  
• Jika backbone menghadapati masalah, keseluruhan segment akan terputus.  
• Susah untuk di Konfigurasikan.  




rujukan: http://www.btpnkedah.edu.my

0 comments:

Post a Comment