This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 27 August 2012

NETWORK TOPOLOGY


Topologi adalah cara yang digunakan untuk menghantar maklumat di antara workstation. Terdapat 4 jenis Topologi iaitu:


Linear Bus



Setiap node di sambung secara bersebelahan  sepanjang backbone yang sama seperti. Data yang di hantar dari satu  node akan bergerak  melalui backbone sehingga sampai ke destinasi node. Di setiap penghujung linear bus mestilah mempunyai terminator bagi memastikan signal tidak berpatah balik


Kelebihan Linear Bus Topology
• Mudah untuk di sambungkan.
• Hanya memerlukan cable yang sedikit berbanding star topologi.

Kelemahan Linear Bus Topology
• Keseluruhan netwok akan gagal berfungsi sekiranya cable utama gagal berfungsi.
• Terminators di perlukan di setiap penghujung kabel backbone.

• Sukar untuk mengenal pasti masalah kerana ketika ini keseluruhan network gagal berfungsi.
• Tidak sesuai untuk digunakan dalam satu organisasi yang besar.




Star

Star topologi – setiap node ( file server, workstations dan peralatan) disambungkan terus ke
hub atau switch. Data akan melalai hub atau switch sebelum sampai ke destinasi.. Hub atau
switch mengawal fungsi-fungsi  network. Hub atau switch juga berfungsi sebagai penguat
signal. Sambungan star topologi biasanya mengunakan kabel twisted pair, coaxial kabel dan
fiber optik.


Kelebihan Star Topologi 
• Mudah di Install
• Tidak mengangu rangkaian ketika proses penyengelaraan.
• Mudah untuk mengesan kerosakan dan mengantikan componet.

Kelemahan Star Topology
• Memerlukan lebih kabel jika di bandingkan dengan linear topologi

• Jika hub atau switch rosak, Semua node akan gagal berfungsi.
• Kos lebih mahal jika di bandingkan dengan linear bus topologi kerana kos switch atau
hub.




Ring












Star-Wired Ring – Seperti star bus topologi, bezanya dihujungnya network akan kembali ke node yang pertama. Di dalam star-wired ring, setiap nodes mengambil giliran untuk menghantar dan menerima data. Data akan di hantar ke node pertama di ikuti dengan node kedua dan seterusnya. Ini menjadikan proses penghantaran data  menjadi lambat.

Tree

Tree topologi -  Gabungan linear bus dan star topologi. Beberapa kumpulan star bersambung dengan linear bus kabel backbone. Tree topologi membenarkan kita untuk membuat penambahan kepada rangkaian sedia ada. 


Kelebihan Tree Topologi
• Pengkabelan Point-to-point itu segment tersendiri.  
• Sesuai dengan kebanyakan hardware dan software dari pembekal.  

Kelemahan Tree Topologi
• Jarak di anatara segment terbatas mengikut jenis kabel yang di gunakan.  
• Jika backbone menghadapati masalah, keseluruhan segment akan terputus.  
• Susah untuk di Konfigurasikan.  




rujukan: http://www.btpnkedah.edu.my

Jenis-jenis Rangkaian



Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu :

1. SISTEM RANGAKAIAN SETEMPAT - LOCAL AREA NETWORK (LAN)




  • Terhad kepada batasan geografi yang kecil. Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
  • Fungsi asas LAN-Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
  • Cara pemasanganRangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio
2. RANGKAIAN KAWASAN LUAS - WIDE AREA NETWORK (WAN) 

  • Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. 
  • WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
  • Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
  • Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian 
3. RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN - METROPOLITAN NETWORK (MAN)


  • Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
  • Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
  • Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.




Sunday, 26 August 2012

Istilah Dalam Rangkaian


Sebagai permulaan kepada Asas Rangkaian, anda akan berkenalan dengan Istilah-istilah yang biasa digunakan dalam Rangkaian:



Network: network adalah satu kumpulan  computer yang bersambung bersama bagi membenarkan berkongsi data dan infomasi.

Node: node adalah apa sahaja yang bersambung kepada network. Contohnya seperti
Komputer dan printer.

Segment: segment adalah bahagian network yang di pisahkan mengunakan switch,

bridge atau router, dari bahagian lain network.

Backbone: backbone adalah cable utama yang menyambungkan semua network atau
segments. Biasanya backbone mempunyai keupayaan membawa data atau infomasi
yang besar. Contohnya setiap segment mempunyai transfers rate sebanyak 100Mbps
manakala backbone pula beroperasi sehingga 1000 Mbps.

Topology: Topologi adalah bagaimana cara node bersambung kepada network

Network Interface Card (NIC)Setiap komputer di  sambungkan ke network
mengunakan Network Card (NIC). Di dalam kebanyakan desktop computer, Ethernet
card ( biasanya 10 atau 100mbps) terpasang di motherboard computer.

Unicast: unicast adalah penghantaran data dari satu node ke satu node yang telah ditentukan.


Multicast: multicast, node menghantar data ke pada satu group node yang telah di
tentukan.

Broadcast: broadcast pula adalah satu node menghantar data ke seluruh node atau
network.





Tuesday, 21 August 2012

Ramadhan Dan Kejayaan

Ramadhan membawa pelbagai rahmat bukan sahaja dari segi pahala berbuat amalan yang digalakkan dan amalan kebajikan tetapi juga dari segi membentuk sifat dan keperibadian untuk menuju kejayaan.

percaya atau tidak, orang-orang yang berjaya mempunyai sifat yang unik tertentu yang tidak banyak terdapat pada orang yang kurang berjaya. contohnya, orang yang berjaya mempunyai matlamat yang jelas, tidak kenal erti putus asa, dan lebih hebat lagi mereka ini bersabar dan terus berusaha walaupun kerja mereka belum membuahkan hasil.
Dan sifat ini boleh dibentuk semasa kita menjalani ibadah puasa.


NIAT - merupakan satu matlamat yang ditetapkan untuk mencapai sasaran yang mereka mahukan.

SEMANGAT - melaksanakan apa yang telah diniatkan dengan bersungguh-sungguh

BERTERUSAN - sanggup bekerja keras dalam jangka masa yang lama tanpa mengharapkan pulangan yang segera dan sanggup menangguhkan keseronokan

DISIPLIN - adakah anda seorang yang berdisiplin? kekurangan disiplin adalah punca mengapa seseorang itu gagal menjadi cemerlang.

AMBIL PELUANG - sifat yang biasa ada pada orang cemerlang ialah mereka pandai dan cekap mengambil peluang yang ada bagi membantu mereka mencapai matlamat mereka.


'Niat berpuasa selama  30 hari di bulan Ramadhan bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari dan mengerjakan ibadah terawih di malam hari.

saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. semoga Syawal kali ini menambahkan lagi rasa syukur dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Semoga kita dirahmati dengan sebaik-baik nikmat sepanjang Syawal ini sehingga Syawal akan datang.






16 Tips Microsoft Power Point

Sebagai Tenaga Pengajar, penggunaan Teknologi Komputer memang telah selari dengan perkembangan dan kemajuan pengajaran dan pembalajaran. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk berkongsi maklumat antara yang paling popular pada masa kini ialah menyampaikan maklumat dengan menggunakan Microsoft Power Point.


Oleh itu, ingin saya berkongsi dengan anda 16 Tips Microsoft Power Point.

7 perkara yang perlu dielakkan
  1. Menggunakan latar belakang warna putih, terlalu gelap dan terang
  2. Meletakkan imej animasi ( objek bergerak-gerak)
  3. Menggunakan bunyi-bunyi yang tidak bekenaaan 
  4. Menulis terlalu banyak ayat 
  5. Menggunakan saiz tulisan yang terlalu kecil
  6. Paparkan maklumat sekali gus
  7. Gunakan terlalu banyak Animation (Fly, Grow, Turn )
5 perkara yang perlu dipelajari
  1. Penggunaan Master Slide - mula-mula klik View -> Master -> Master Slide dan anda boleh reka background mengikut keperluan anda anda klik Close Master View
  2. Penggunaan Visual Menarik Seperti Video, Audio, Muzik Khas dan Gambar
  3. Penggunaan Slide Transition
  4. Penggunaan Custom Animation
  5. Melihat Cara orang lain membuat slide Prezentation Mereka.
4 petua untuk lebih maju
  1. Merancang perjalanan slide dari turutan awal ke akhir slide
  2. Gunakan Video atau Animation di akhir slide
  3. Keep On Trying
  4. Keep On Improving

rujukan: www.osmanAffan.com 

Selamat Mencuba!

Wednesday, 15 August 2012

Adab Menuntut Ilmu Online

Assalamulalaikum,,,

Sebagai permulaan kepada penghasilan blog ini, saya ingin berkongsi dengan anda Adab Menuntut Ilmu Online.


Perumpamaannya, bayangkan ada seorang tiba-tiba masuk rumah anda, tanpa diundang, tanpa memberi salam dan tanpa mengetuk pintu. Kemudian, dia berkata kepada anda,
“Eh, TOLONG AJAR SAYA MACAM MANA NAK TULIS SURAT!”.
Agaknya, apa reaksi anda???

Kebanyakan pelajar atau orang dewasa sangat bersopan jika mereka bertanya atau menuntut ilmu secara berdepan tetapi apabila secara online, mereka lupa segalanya. Mereka sangka kerana wajah mereka tidak dapat dilihat, adab mereka tidak perlu dijaga. Mereka mungkin lupa, ilmu tetap ilmu. Secara online atau offline, ia masih perlu dimiliki dengan cara yang baik agar kita mendapat rahmat yang berkekalan.

______________________________________________________________________________

Adab 1:

Pastikan ada 3 perkara, tulis tajuk, beri salam dan perkenalkan diri.

Adab 2:

ketika menulis email atau komen di laman web, elakkan daripada
MENGGUNAKAN HURUF BESAR UNTUK SEMUA HURUF! Menggunakan huruf besar memberi gambaran seolah-olah kita sedang meninggikan suara.

Adab 3:

Elakkan dari menggunakan ayat perintah contoh  “emailkan saya ini.”, “Berikan saya itu.” atau “sila jawab segera.”

Adab 4:

Mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan layanan seseorang yang telah membantu kita.
_________________________________________________________________________________
rujukan: www.osmanAffan.com 


Selamat menuntut ilmu online.